Komuniti Sungai Buloh
Tuesday 18 July 2017
ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI
Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Selatan Dan Tengah (Negeri Sembilan, Malaka, Johor dan Selangor)
Majlis bermula jam 2.00 petang, pada 18 Julai 2017 hari selasa. Diadakan di Dewan Perdana, Tampin negeri Sembilan.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Alhamdulillah. Atas usaha dan kerjasama JKKK dan penduduk kampung Kampung Sungai Buloh telah dinobatkan sebagai Johan Peringkat Negeri dan akan mewakili Negeri Melaka untuk ke peringkat seterusnya. Semoga usaha dan kerjasama antara penduduk berterusan.
Monday 17 July 2017
AKTIVITI BELIA SUNGAI BULOH
Permainan sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih dikekalkan oleh belia Kampung Sunga Buloh sehingga kini.
LAWATAN PERSIAPAN ADP OLEH YB DATUK HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI HAJI SAMSUDIN
Terima kasih diucapkan kepada Datuk YB Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin kena turun padang untuk melihat persiapan sempena penilaian Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 22 Julai 2017.
Semoga bantuan yang dihulurkan dapat membantu sedikit sebanyak persiapan dalam menghadapi pertandingan ini.
MELEMANG DAN MENDODOL
Beberapa hari sebulum perayaan baru-baru ini pihak belia telah mengadakan program membuat dodol dan lemang untuk diagihkan kepada penduduk kampung dan juga untuk jualan.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan sesema penduduk.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan sesema penduduk.
Thursday 13 July 2017
ANUGERAH DESA PERDANA 2017
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya Kampung Sungai Buloh telah dipilih sebagai Johon peringkat Daerah.Terima kasih diucapkan kepada para ahli Jawatankuasa JKKK yg telah bertungkus lumus bagi menjayakan pertandingan ini. Terima kasih juga kepada pihak juri kerana memberi kami peluang untuk ke peringkat seterusnya.
Berikut adalah gambar semasa majlis penyampaian hadiah bagi peringkat Daerah
Berikut adalah gambar semasa majlis penyampaian hadiah bagi peringkat Daerah
Wednesday 12 July 2017
MALAM TUJUH LIKUR
Malam Tujuh Likur, adalah malam terakhir dalam bulan
Ramadhan. Kebiasaannya lampu-lampu
pelita akan dipasang untuk menyerikan halaman rumah. Bersempena dengan
itu konsep pelita diadaptasi sebagai satu symbol “NUR” iaitu cahaya yang
menerangi kehidupan.
Bagi sesetengah masyarakat malam tujuh likur dianggap sebagai
tradisi warisan lama orang melayu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri dan
bagi memeriahkan perayaan itu.
Dengan itu belia Kampung Sungai Buloh telah bersama-sama
memasang pelita di sepanjang jalan kampong supaya warisan ini tidak dilupakan.
Tuesday 11 July 2017
MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA
Pada 9 Jun 2017 yang lalu pihak belia telah menganjurkan Majlis tahlil dan berbuka puasa di Masjid Al Amin Sungai Buloh bersama-sama anak-anak Tahfiz Al Qurra Tabuh Naning. Seramai 50 orang anak-anak tahfiz turut sama-sama menyertai majlis ini. elain daripada anak- anak tahfiz ini, Majlis turut sama disertai oleh belia kampung dan juga penduduk yang berkesempatan menjayakan majlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI
Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Selatan Dan Tengah (Negeri Sembilan, Malaka, Johor da...
-
Lubok Buloh adalah nama asal sebelum diberikan kepada nama Sungai Buloh . Peristiwa ini berlaku semasa pemerintaha...
-
Nama pasukan :Kompang Irama Alamat pasukan : Bt 27 kg. Sg. Buloh, 78000 Alor G ajah, Melaka Pengurus pasukan : En. Mohamed b...
-
Kampung ini terletak kira-kira 40 km ke Bandar Melaka dan 5 km ke Plaza Tol Simpang Ampat , Alor Gajah, berada di dalam kawas...