Wednesday 2 July 2014

LOGO DAN MOTTO


Proses alam semulajadi diambil kira dalam pembikinan logo ini dimana air yang mengalir dari sungai diserap menjadi awan dan seterusnya menurunkan hujan lalu menghijaukan tumbuh-tumbuhan.

”KOMUNITI PRODUKTIF, PERSEKITARAN KONDUSIF ”

Motto ini membawa makna komuniti Sungai Buloh adalah merupakan komuniti yang senantiasa menggapai peluang-peluang ekonomi dalam memastikan pendapatan isirumah dapat dipertingkatkan. Persekitaran yang mengekalkan kehijauan dan kelestarian alam sekitar dipraktikkan disini agar ciri-ciri kampung tradisi dapat dikekalkan dan ianya akan terus menjadikan Sungai Buloh sebagai sebuah kampung yang kondusif untuk dilawati.

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI BULOH


       Lubok Buloh adalah nama asal sebelum diberikan kepada nama Sungai Buloh.  Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan Kerajaan British di Tanah Melayu.
       Sejarah bermula apabila pada suatu hari air yang menjadi punca lubok ini pecah lalu membentuk aliran air yang berpanjangan tanpa henti seperti aliran sungai. Oleh itu, Lubok Buloh telah bertukar kepada nama Sungai Buloh yang ketika itu ditadbir oleh dua mukim iaitu Mukim Berisu dan Mukim Melekek.
      Pada tahun 1947, Kampung Sungai Buloh pula dijadikan satu mukim yang dikenali dengan nama Mukim Sungai Buloh.  Sejak itu, dengan berkat usaha Allahyarham Datuk Penghulu Mohd Aris bin Tahir, Kampung Sungai Buloh ini telah berkembang maju sehingga sekarang. 
       Pekerjaan asal penduduk kampung ini kebanyakannya adalah terdiri daripada pesawah, petani dan penoreh. Namun peredaran masa merubah lanskap perkerjaan ini dimana sawah yang dahulunya merupakan sumber utama telah di tukar untuk menjadi kolam ternakan ikan air tawar yang lebih berpotensi dalam menjana ekonomi.


ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI

Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Selatan Dan Tengah (Negeri Sembilan, Malaka, Johor da...