Thursday, 14 August 2014

EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN - IKAN AIR TAWAR

TERNAKAN IKAN AIR TAWAR

Tapak projek ini pada asalnya merupakan kawasan sawah yang terbiar & tidak sesuai untuk mengusahakan aktiviti tanaman lain. Kawasan ini di kelilingi oleh ladang getah dan dusun di mana kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai petani, penoreh getah dan sebagainya.
Pada tahun 1982, sebanyak 31 buah kolam ternakan ikan telah dibina di kawasan seluas 8.93 hektar dengan perbelanjaan berjumlah RM79,500.00. Struktur kawasan yang sesuai dan pencapaian yang membanggakan, pihak Jabatan Perikanan dan MIADP telah membina 3 buah kolam seluas 0.47 hektar pada tahun 1983,12 buah kolam dengan keluasan 4.36 hektar pada tahun 1988 dan pada tahun 1990 sebanyak 14 buah kolam dibina di Padang Kambing yang melibatkan tanah seluas 5 hektar..

Kini sejumlah 60 buah kolam dengan keluasan 18.76 hektar telah memberikan faedah kepada 38 orang penternak di mana ianya menjana pendapatan sebanyak RM450 ribu sebulan kepada peserta-peserta terbabit.


PUSAT PENETASAN BENIH IKAN


Bil. Pengusaha  : 3 orang
Pengeluaran  : 50k – 100k anak
    ikan bagi setiap
    proses.
Harga Jualan  : 0.08 - 0.15 sen /    ekor mengikut saiz.
 
Proses ini dapat memastikan projek
ternakan ikan di Sungai Buloh dapat bertahan kerana kemudahan untuk mendapatkan bekalan anak benih dan dari segi kualiti yang pastinya menjamin tumbesaran ikan.



KOLAM PANCING


Pihak kami juga menjadikan kolam memancing sebagai salah satu tempat tumpuan bagi aktiviti riadah. Secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan tujuan kerajaan dalam memajukan produk ‘agro-tourism’.
  Lokasi ini juga telah dipilih bagi acara tahunan pertandingan memancing peringkat DUN Taboh Naning oleh YB ADUN Kawasan.

IKAN SALAI DAN PEKASAM


Selain dari pengeluaran ikan mentah kami juga mempelbagaikan  hasil keluaran sebagai produk hiliran antaranya ikan salai, ikan pekasam dan satay ikan ikan.

  Setakat ini seorang peserta telah menjalankan projek ini dengan bantuan agensi kerajaan dan berjaya menembusi pasaran dengan jayanya.

  JenamaIkan Salai Sayangtelah berada di pasaran untuk dinikmati. Ianya merupakan sumber protein dan Omega 3 untuk ketahanan dan kesihatan individu.


No comments:

Post a Comment

ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI

Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Selatan Dan Tengah (Negeri Sembilan, Malaka, Johor da...